DOBI LAYAN DIRI - MAICUCI

Dobi MAICUCI kini di Pendang Square, Kedah Berkonsepkan dobi layan diri, basuh sendiri, semudah ABC Kini basuhan anda menjadi lebih suci, sesuci basuhan ummi Jangan lupa untuk datang mencuci di MaiCuci, siang dan malam Ajak kawan, ajak teman, jangan lupa sebarkan
MaiCuci Admin
Sejak kebelakangan ini, viral di media sosial mengenai percampuran pakaian yang dikongsi bersama pelbagai kaum dan agama di dobi layan diri. Disertakan pendapat Ustaz Dr Syauqi Othman mengenai perkara tersebut. Walaupun sesuatu perkara nampak logik tetapi mestilah bertepatan dengan syariatnya agar tidak menyusahkan diri dan menampakkan kerendahan Islam itu sendiri.



Harap penjelasan tersebut dapat mempertingkatan ilmu pengetahuan kita dalam muamalah kita seharian.

Dobi Layan Diri - Dobi 24 Jam - Dobi Maicuci - Dobi Pendang
| edit post
MaiCuci Admin
Pihak MaiCuci akan menjalankan kerja-kerja maintenance selama sehari pada HARI SABTU, 4 FEBRUARI 2017. Justeru, MaiCuci akan ditutup selama sehari pada hari tersebut untuk memberi laluan kerja-kerja tersebut. Pihak MaiCuci juga akan menjalankan penambahbaikan dan pembaharuan berdasarkan cadangan-cadangan yang membina daripada pihak pelanggan sekalian. Segala kesulitan amat dikesali.


| edit post
MaiCuci Admin
Pihak MaiCuci akan menjalankan kerja-kerja maintenance selama sehari pada HARI JUMAAT, 12 OGOS 2016. Justeru, MaiCuci akan ditutup selama sehari pada hari tersebut untuk memberi laluan kerja-kerja tersebut. Pihak MaiCuci juga akan menjalankan penambahbaikan dan pembaharuan berdasarkan cadangan-cadangan yang membina daripada pihak pelanggan sekalian. Segala kesulitan amat dikesali.

| edit post
MaiCuci Admin
Pihak MaiCuci bersyukur ke hadrat Illahi, atas kejayaan pelancaran pembukaan Dobi Layan Diri - MaiCuci seperti yang dirancang. Tanda kesyukuran dizahirkan dengan promosi pembukaan besar-besaran iaitu BASUHAN SECARA PERCUMA. Bukan RM4, bukan RM2, bukan RM1, tapi percuma. Kos air, kos mesin, kos sabun, kos elektrik, dan lain-lain kos kami tanggung semua demi pelanggan tercinta kami, rugi kalau tak cuba. Tidak perlu membawa sabun, tidak perlu membeli sabun, hanya membawa pakaian kotor.
Pihak MaiCuci sedia menerima teguran dan maklumbalas untuk memantapkan lagi perjalanan dobi ini. Jika terdapat sebarang maklumbalas, boleh terus hubungi pihak kami, dengan klik SINI.
| edit post
MaiCuci Admin
MAICUCI
Password: mailacucibaju
| edit post
MaiCuci Admin

KESALAHAN & KESILAPAN BIASA DI DOBI LAYAN DIRI.

  • Memasukan syiling yang tidak betul ke dalam mesin basuh/kering, tambahan pula syiling sekarang walaupun mempunyai nilai yang sama tetapi mempunyai saiz yang berbeza (Maicuci: Bagi mengatasi masalah tersebut, mesin basuh/kering di MaiCuci hanya menerima token yang disediakan sahaja untuk berfungsi, pertukaran token boleh dilakukan dengan menggunakan Coin Changer yang disediakan hanya menggunakan wang kertas)

  • Memasukkan pakaian melebihi had yang dibenarkan, ini akan menyebabkan cucian pakaian menjadi tidak bersih (MaiCuci: Pelanggan perlu mengagak berat dan saiz pakaian yang akan dibasuh, membuka pakaian, pihak MaiCuci juga ada meletakkan tanda di mesin basuh sebagai tanda had cadangan)

  • Pakaian yang dibasuh masih bersabun (MaiCuci: Pelanggan dinasihatkan agar tidak memasukkan sabun extra kedalam mesin, dan perlu diingatkan sabun di MaiCuci dimasukkan secara automatik dan ianya adalah percuma)

  • Pakaian pelanggan sebelum ini masih berada di dalam mesin walaupun cucian sudah tamat (MaiCuci: Pihak MaiCuci ada menyediakan beberapa raga pakaian, pelanggan baru boleh menggunakan raga tersebut sebagai transit baju pelanggan lama yang telah dibasuh, juga sebagai transit baju sendiri sebelum diubah ke dalam mesin kering)

  • Pakaian yang dikeringkan tidak kering (MaiCuci: Pelanggan perlu memastikan mesin kering hanya untuk mengeringkan pakaian yang lembap, bukan basah kuyup, pakaian yang dimasukkan perlu dibuka, bukan dalam lipatan, dan pakaian yang dimasukkan tidak melebihi had kapasiti mesin. Jika tidak mesin tidak dapat mengeringkan pakaian dalam tempoh yang telah dihadkan. Oleh demikian, elakkan perkara diatas atau solusinya, 3 minit sebelum mesin kering tamat, sila buka dan pastikan pakaian anda telah kering, jika masih belum kering, anda boleh menambah masa keringan dengan menambah token tambahan)

  • Tidak menjaga kebersihan di kawasan dalaman dobi (MaiCuci: Sikap pelanggan harus diubah, disamping pihak MaiCuci menyediakan tong sampah, sinki dll untuk memudahkan pelanggan membuat cucian sendiri jika perlu)

  • Jika semua perkara diatas telah lakukan dengan betul, sila hubungi pihak MaiCuci untuk bantuan teknikal dan lain-lain
Dobi Layan Diri - Dobi 24 Jam - Dobi Maicuci - Dobi Pendang

| edit post
MaiCuci Admin
Kami akan ajar anda satu persatu [sila klik sini]. Tambahan template, brochure, notis dan wallpaper juga memaparkan benda yang sama.
Mungkin ianya masih baru di Malaysia, tapi sebenarnya dah lama di luar negara, mesti ingat kalau tengok video Mr Bean di bawah ni. 


Penambahbaikan kami berdasarkan cerita Mr Bean diatas:
  • Tidak perlu membawa syiling, kerana premis kami menyediakan Coin Changer dengan menggunakan wang kertas dah boleh tukar syiling, tambahan pula mesin kami menggunakan token khas (dengan menggunakan Coin Changer tersebut)
  • Tidak perlu membawa sabun/detergent, pihak kami membekalkan detergent secara percuma, automatik dimasukkan kedalam mesin setiap kali basuhan
  • Sambil menunggu, anda boleh menonton TV yang disediakan, menikmati internet atau wifi secara percuma, makan dan minum di restoren bersebelahan atau menjalankan urusan2 lain kerana kedudukan premis kami yang strategik
  • Erk.. tidak semua benda boleh dicuci menggunakan washing machine.. Mr Bean.. Mr Bean.. 
  • Vending machine minuman juga disediakan
Dobi Layan Diri - Dobi 24 Jam - Dobi Maicuci - Dobi Pendang

| edit post