DOBI LAYAN DIRI - MAICUCI

Dobi MAICUCI kini di Pendang Square, Kedah Berkonsepkan dobi layan diri, basuh sendiri, semudah ABC Kini basuhan anda menjadi lebih suci, sesuci basuhan ummi Jangan lupa untuk datang mencuci di MaiCuci, siang dan malam Ajak kawan, ajak teman, jangan lupa sebarkan
1) COIN CHANGER (MESIN PENUKAR TOKEN)
    a) Masukkan wang kertas RM1, RM5 atau RM10 sahaja kedalam mesin
    b) Tunggu sehingga token jatuh
  • MAKLUMAN
  • Pastikan wang kertas yang dimasukkan adalah sempurna (tidak koyak, lusuh, conteng atau terlipat), wang kertas yang tidak sempurna akan menyebabkan wang tersebut ditendang keluar semula atau akan tersangkut didalam mesin dan menyebabkan token tidak akan dikeluarkan
  • Nilai 1 token bersamaan dengan RM1

2) WASHER (MESIN BASUH)
     a) Masukkan pakaian dan tutup pintu mesin sehingga rapat
     b) Masukkan token secukupnya
     c) Tekan butang HIJAU untuk mula membasuh
  • MAKLUMAN
  • Selepas menekan butang HIJAU, pintu WASHER akan automatik dikunci, tiada sebarang pakaian lagi yang boleh ditambah sehinggalah cucian tamat. Pastikan anda telah memasukkan semua pakaian untuk dicuci sebelum menekan butang HIJAU.
  • Jangan menambah sabun sendiri, di MaiCuci sabun akan dimasukkan secara automatik dan percuma (rujuk pam sabun di tepi mesin), jika tidak, pakaian anda akan mengalami lebihan sabun yang banyak, dan kekal bersabun walaupun cucian sudah tamat.
  • Anda boleh membau sendiri wangian pakaian anda setelah selesai dicuci, jika anda tidak yakin kami memasukkan sabun secara automatik dan percuma ketika cucian dijalankan.
  • WASHER yang digunakan menggunakan air yang sangat optimum, anda mungkin tidak dapat melihat air yang banyak semasa cucian dijalankan.
  • WASHER ini tidak akan dapat digunakan sama sekali jikalau bekalan elektrik putus, bekalan air putus dan pintu tidak ditutup dengan rapat. Jadi jangan bimbang jika terdapat kata-kata negatif yang mesin di MaiCuci mencuci tanpa menggunakan air.
  • Pastikan pakaian yang dicuci tidak melebihi 10kg (rujuk kapasiti maksimum mesin) dan saiz tidak terlalu besar atau padat, jika tidak, air dan sabun tidak dapat ke serata pakaian yang dicuci, contohnya seperti toto, yang beratnya ringan tetapi saiznya besar.

3) DRYER (MESIN KERING)
    a) Masukkan pakaian dan tutup pintu mesin sehingga rapat
    b) Masukkan token secukupnya
    c) Pilih SUHU dan tekan butang HIJAU untuk mula mengering
  • MAKLUMAN
  • DRYER adalah mesin kering terus, siap boleh dilipat dan dipakai, bukan seperti keringan daripada WASHER atau spin mesin basuh rumah.
  • Pastikan pakaian yang dikeringkan tidak basah lencun, sekurang-kurangnya yang telah diperah padat atau daripada WASHER atau telah di spin mesin basuh rumah, jika tidak, tempoh keringan mengambil masa yang sangat lama.
  • Pemilihan SUHU, semestinya pemilihan SUHU yang tertinggi adalah yang terbaik, walaubagaimanapun sesetengah jenis pakaian tidak boleh menggunakan SUHU yang sangat tinggi seperti pakaian nipis, pakaian yang di'cop' dan lain-lain lagi. 
  • Anda boleh membuka pintu DRYER bila-bila masa sebelum tamat keringan (cadangan 5 minit sebelum tamat) untuk anda pastikan pakaian betul-betul kering, anda boleh menambah token untuk memanjangkan tempoh keringan. Pastikan selepas anda memasukkan token tambahan, tutup semula pintu DRYER dan tekan butang HIJAU kembali untuk teruskan keringan.

4) VENDING MACHINE (MESIN MINUMAN)
    a) Masukkan wang secukupnya ke dalam mesin
    b) Buat pilihan jenis minuman
    c) Tunggu minuman jatuh
  • MAKLUMAN
  • Tempat masuk wang kertas dan syiling adalah berbeza.
  • Pastikan anda memasukkan wang yang mencukupi, kerana semua baki wang yang akan dikeluarkan adalah dalam bentuk syiling sahaja.
  • Lampu pilihan minuman hanya akan bernyala jika wang yang dimasukkan adalah sama atau lebih daripada harga minuman.
  • Pastikan minuman yang anda ingin beli terdapat stok terlebih dahulu sebelum memasukkan wang. Jika anda telah memasukkan wang, anda mungkin terpaksa membeli apa-apa jenis minuman yang terdapat stok lagi sahaja.

5) TELEVISYEN
    a) Tonton TV menggunakan remote yang disediakan
    b) Pastikan anda letak remote ditempat asal untuk memudahkan pengguna lain
    c) Pohon kerjasama jika anda orang terakhir di MaiCuci untuk menutup TV

| edit post